AGENDA

Pilihan raya negeri, penduduk Gombak diseru kekalkan mandat HARAPAN

12 Dis 2022, 2:33 AM
Pilihan raya negeri, penduduk Gombak diseru kekalkan mandat HARAPAN

Oleh Azian Aziz

GOMBAK, 12 DIS: Dato’ Seri Amirudin Shari menyeru penduduk Gombak mengekalkan mandat kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam pilihan raya negeri yang dijangka diadakan beberapa bulan lagi.

Ahli Parlimen Gombak berkata beliau percaya dewan undangan negeri akan dibubarkan dalam tempoh empat atau lima bulan lagi untuk mendapatkan mandat baharu bagi menjamin kestabilan, kemakmuran dan perpaduan rakyat di dalam negeri serta negara.

"Jadi, saya seru orang Gombak pertahankan mandat yang ada dan tambah kekuatan kita kerana kita ingin pastikan negeri kita ini terus teguh dengan semangat kesatuan dan saling hormat menghormati.

"Bukan tumbuhkan dengan kebencian fitnah, perasaan ingin berperang atau hasad dengki dengan orang lain,’’ katanya ketika berucap dalam majlis kenduri rakyat meraikan kemenangan HARAPAN di Parlimen Gombak di tapak kendera saji Greenwood malam tadi.

Dato’ Menteri Besar berkata Selangor sentiasa memfokuskan kepada keperluan rakyat bukan berdasarkan sentimen, tohmahan, sengketa dan fitnah yang boleh merosakkan keharmonian.

"Semoga Gombak dan Sungai Tua kekal muafakat, Gombak Setia kekal di bawah HARAPAN dan Hulu Kelang kekal di bawah muafakat HARAPAN,’’ katanya yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Tua.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619