AGENDA

PM merafak sembah ucap tahniah sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor

11 Dis 2022, 4:15 AM
PM merafak sembah ucap tahniah sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor

KUALA LUMPUR, 11 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

“Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Tuanku Sultan dan Tengku Permaisuri serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Semoga Duli Tuanku kekal qarar (tenang) memerintah rakyat Selangor Darul Ehsan dengan adil dan saksama,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata beliau serta rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada baginda.

“Dirgahayu Tuanku,” katanya.

Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, baginda turut berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 104 penerima hari ini. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619