PBT

Jaguh larian menara dunia kongsi kegembiraan bersama Datuk Bandar Petaling Jaya

11 Dis 2022, 3:14 AM
Jaguh larian menara dunia kongsi kegembiraan bersama Datuk Bandar Petaling Jaya

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 11 DIS: Jaguh larian menara dunia Soh Wai Ching bertemu dengan Datuk Bandar Bandaraya Petaling Jaya di pejabatnya kelmarin.

Mohamad Azhan Md Amir mengucapkan tahniah kepada atlet tajaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya atas pencapaian dilakar sehingga mengungguli kedudukan pertama di dunia.

"Terima kasih kerana kibar bandera MBPK di puncak dunia," katanya menerusi Facebook.

Wai Ching dalam pertemuan berkenaan menunjukkan medal dan piala dimenanginya sepanjang kejohanan disertai dari Ogos hingga Disember 2022.

Sepanjang kejohanan tempoh tersebut, atlet berusia 27 tahun itu menjuarai Germany Towerrunning National Championship, Zagrebcanka 512 Tower Run, YMCA Stair Climb, Base 2 Space - Seattle dan Empire State Building Run Up - New York City.

Selain itu beliau turut memenangi Tunnel 2 Towers Tower Climb Tampa - Florida, RNLI Tower Run - London, United, HCMC Sky Run - Ho Chi Minh City, Vietnam, Dubai Holding Sky Run dan MBPJ Tower Run - Petaling Jaya.

Wai Ching memenangi kesemua Kejohanan Larian Menara tersebut dengan pencapaian enam rekod kejohanan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619