PBT

MPHS rai 26 kanak-kanak OKU, lawat taman tema di Genting Highlands

10 Dis 2022, 6:26 AM
MPHS rai 26 kanak-kanak OKU, lawat taman tema di Genting Highlands

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 10 DIS: Seramai 26 kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) diraikan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dengan dibawa berhibur ke Genting Skyworlds, Genting Highlands  Rabu lalu.

MPHS memaklumkan aktiviti sempena program anugerah istimewa OKU dengan kanak-kanak terlibat adalah daripada pusat pemulihan dalam komuniti Hulu Selangor.

"Tujuan program ini dianjurkan untuk memberi peluang serta pendedahan kepada golongan itu melakukan aktiviti fizikal, pengalaman serta pengetahuan baharu kepada mereka berkaitan dunia luar," katanya menerusi Facebook.

MPHS menyatakan pada masa sama aktiviti tersebut membolehkan interaksi sosial antara masyarakat dan golongan OKU.

"Selain itu dapat memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap hak dan tanggungjawab ke atas komuniti yang sangat memerlukan perhatian serta bantuan sewajarnya," ujarnya.

Program ini juga mendapat sokongan dan kerjasama sukarelawan NGO selain syarikat francais McDonald turut menjana makan malam aktiviti terbabit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619