BERITA UTAMA

Selangor bakal hasilkan lebih banyak karya sejarah negeri

9 Dis 2022, 3:21 AM
Selangor bakal hasilkan lebih banyak karya sejarah negeri

KUALA LUMPUR, 9 DIS: Kerajaan Negeri akan menghasilkan lebih banyak karya mengisahkan sejarah Selangor untuk menjadi tatapan dan iktibar generasi muda.

EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah berkata naskhah seumpama itu mampu menarik ramai penonton seperti dibuktikan menerusi pementasan teater Antara Tiga yang mengisahkan tiga sejarah utama Klang dari 1025 hingga 1961.

Menurut Borhan, beliau sudah berbincang dengan Pegawai Kewangan Negeri Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin bagi memohon dana supaya karya berkaitan sejarah dan budaya dapat dihasilkan setiap tahun.

"Teater Antara Tiga adalah projek pertama Kerajaan Negeri menghasilkan karya berkaitan sejarah Selangor.

"Ia satu agenda baik supaya Selangor tidak ketandusan karya sejarah negeri," katanya selepas menyaksikan pementasan hari pertama Antara Tiga di Istana Budaya malam tadi.

Teater lebih dua jam dijayakan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) itu diarahkan Muhammad Firdaus Abdul Rahim manakala skripnya ditulis oleh Dr Ahmad Zairy Mohd Soieb.

Menariknya teater dipentaskan sehingga Sabtu itu dibintangi penjawat awam sepenuhnya termasuk tenaga produksi dari PADAT, Antara Seni Perkhidmatan Awam dan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik.

Individu berminat boleh mendapatkan tiket berharga RM20 menerusi pautan https://www.ticket2u.com.my/event/29253

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619