ad
PBT

11 persatuan penduduk MPKj terima alat keselamatan rondaan cegah jenayah

8 Dis 2022, 8:11 AM
11 persatuan penduduk MPKj terima alat keselamatan rondaan cegah jenayah

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 8 DIS: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyumbang alat-alat keselamatan kepada 11 persatuan penduduk bagi meningkatkan aktiviti rondaan kawasan kejiranan.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata sumbangan peralatan keselamatan kepada persatuan penduduk berkenaan sempena Program Bandar Selamat MPKj 2022.

"11 Persatuan Penduduk yang dipilih adalah dicadangkan oleh Ahli Majlis kawasan zon Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) yang menjalankan aktiviti rondaan kejiranan," katanya menerusi Facebook semalam.

Menurut MPKj alat-alat keselamatan yang disumbangkan kepada persatuan penduduk adalah tiga set vest keselamatan, lampu suluh, topi dan wisel.

"Tujuan menyediakan alat keselamatan kepada persatuan penduduk untuk menjalankan aktiviti rondaan secara langsung dapat mencegah jenayah dari semasa ke semasa dan mewujudkan persekitaran kejiranan yang ceria, selamat dan bersatu padu," ujarnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.