PBT

19 persatuan penduduk rangkul Anugerah Komuniti Mampan PJ

23 Dis 2020, 5:57 AM
19 persatuan penduduk rangkul Anugerah Komuniti Mampan PJ

SHAH ALAM, 23 DIS: Sebanyak 19 persatuan penduduk dan rukun tetangga di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memenangi Anugerah Komuniti Mampan Petaling Jaya 2020.

Pihak berkuasa tempatan berkata program tahunan itu bertujuan mempersiapkan daerah tersebut menjadi lebih sejahtera, makmur dan berdayahuni berdasarkan pelan strategik PJ Smart Sustainable And Resilient 2030 (PJSSR 2030).

"Sepanjang penganjuran hampir dua dekad, MBPJ berjaya melahirkan sebanyak 63 juara dalam kalangan komuniti persatuan penduduk, rukun tetangga dan NGO pembangunan mampan dengan 4,270 projek.

"Pencapaian ini memberi sumbangan kepada kejayaan Petaling Jaya mencapai status 'The Most Sustainable City in Malaysia' berdasarkan indeks MURNINET Bandaraya Mampan," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Pemenang tempat pertama membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,000 diikuti tempat kedua (RM30,000), ketiga (RM25,000), keempat (RM20,000) dan kelima (RM15,000).

Manakala dua kategori mentor masing-masing menerima RM10,000 diikuti 10 'special mention' (RM4,000) serta dua 'special commendation' (RM2,000).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619