ADN

ADN: Tubuh JMB, pasang meter individu atasi isu bekalan air pangsapuri Seri Era

7 Dis 2022, 12:35 PM
ADN: Tubuh JMB, pasang meter individu atasi isu bekalan air pangsapuri Seri Era

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 7 DIS: Penduduk Apartment Seri Era di sini disaran menubuhkan badan pengurusan bersama (JMB) bagi membantu menyelesaikan masalah pemotongan bekalan air di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa berkata penubuhannya penting bagi kemudahan penduduk di kawasan perumahan kos rendah itu bagi mengatasi masalah sering berulang yang mengakibatkan tunggakan bil mencecah RM1.1 juta.

"Selain itu kita turut mengesyorkan supaya meter individu dipasang di setiap rumah bagi mengelak masalah sama berulang pada masa depan," kata Dr G Gunarajah kepada SelangorKini.

Sebelum ini, kira-kira 360 keluarga di pangsapuri itu berdepan masalah bekalan air dipotong hampir seminggu tetapi disambung semula semalam selepas masalah berkaitan diselesaikan dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Beliau berkata penyelesaian bersama agensi Kerajaan Negeri itu dicapai apabila penduduk membayar RM15,000 untuk menyambung semula bekalan air.

“Masalah ini berlaku kerana rumah di sini tidak dipasang meter individu. Ada penduduk tidak bekerjasama dengan tidak membayar bil, ada rumah tiada penghuni dan sesetengah penduduk cuba selesaikan sendiri masalah tunggakan dengan Air Selangor.

“Keadaan tambah buruk apabila tiada JMB dan Perbadanan Pengurusan (MC) untuk bantu selesai masalah,” katanya.

Gunarajah berkata menerusi rundingan itu juga penduduk diminta membayar ansuran bulanan RM10,000 dan bil semasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619