AGENSI

Pesta Buku Antarabangsa Selangor ruang pengunjung dapatkan buku, novel murah

7 Dis 2022, 9:43 AM
Pesta Buku Antarabangsa Selangor ruang pengunjung dapatkan buku, novel murah
Pesta Buku Antarabangsa Selangor ruang pengunjung dapatkan buku, novel murah
Pesta Buku Antarabangsa Selangor ruang pengunjung dapatkan buku, novel murah

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 7 DIS: Dua rakan mengambil kesempatan mendapatkan koleksi buku rujukan dan novel pada harga promosi dalam Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2022.

Balqis Nurjannah Mohd Hazalini dan Siti Nurliyana Md Muliyadi, 17, hadir dengan menaiki motosikal ke pesta berlangsung di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini dan menganggap peluang itu tidak harus dilepaskan.

[caption id="attachment_554296" align="alignright" width="350"] Siti Nurliyana Md Muliyadi. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

"Kami memang cari (beli) novel bergenre seram dan ada beli buku rujukan juga, harga jauh lebih murah kerana ada promosi," kata mereka.

Pelatih pengurusan Aiman Ruslan, 20, yang meminati buku sains fiksyen dan aksi, sanggup berbelanja ratusan ringgit di SIBF bagi mendapatkan koleksi diingini.

"Sudah habis RM500, kebanyakan buku bergenre sains fiksyen dan aksi. Sangat seronok dan saya bercadang akan datang lagi," katanya.

[caption id="attachment_554297" align="alignleft" width="351"] Aiman Ruslan. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, Levialin Jais, 15, pula berpendapat selain berpeluang membeli buku pada harga promosi, SIBF juga program berguna bagi menyemai minat membaca dalam kalangan masyarakat terutama remaja sepertinya.

SIBF 2022 bermula 1 hingga 11 Disember dianjurkan Kerajaan Negeri dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sebagai urusetia diadakan hasil kesinambungan Pesta Buku Selangor yang diadakan sejak 2006.

Selain pameran dan jualan buku, pelbagai aktiviti menarik melibatkan pelajar dan kanak-kanak turut diadakan selain jualan pelbagai jenis makanan dan barangan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619