AGENDA

PM: Menteri umum harga telur lebih rendah esok

5 Dis 2022, 9:09 AM
PM: Menteri umum harga telur lebih rendah esok

SHAH ALAM, 5 DIS: Harga telur yang kadarnya lebih rendah akan diumum Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu esok.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusi mesyuarat khas pertama Kabinet di sini hari ini.

“Ada beberapa langkah diambil yang diharap akan diumumkan oleh beliau (Mohamad) esok dengan harga lebih rendah kerana mengurangkan kebergantungan kepada kartel,” katanya

Tengah hari tadi, Bernama melaporkan Mohamad Sabu berkata isu bekalan makanan dengan harga berpatutan antara agenda utama selain isu ketidaktentuan bekalan dan harga telur ayam di pasaran.

“Pertama sekali soal harga telur sebab itu makanan umum daripada golongan miskin hingga ke kelas atasan makan telur jadi ini perkara perlu ambil perhatian khas disamping harga ikan dan ayam," katanya.

Beliau berkata pihaknya akan meneruskan perancangan sedia ada dan sebarang perkara baharu akan dibincang bersama pegawai yang lebih berpengalaman.

Terdahulu, Mohamad Sabu mengimbas kad perakam waktu pukul 1.35 tengah hari sebagai simbolik bermula tugas rasmi beliau selaku menteri portfolio berkenaan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619