ad
SELANGOR

Usahawan guna bantuan basmi kemiskinan kembangkan niaga

4 Dis 2022, 8:01 AM
Usahawan guna bantuan basmi kemiskinan kembangkan niaga
Usahawan guna bantuan basmi kemiskinan kembangkan niaga
Usahawan guna bantuan basmi kemiskinan kembangkan niaga

HULU SELANGOR, 4 DIS: Seorang pengusaha makanan mahu mengembangkan perniagaan kateringnya ke peringkat lebih tinggi menggunakan bantuan program Blueprint Pembasmian Kemiskinan.

Noor Laili Zakaria Ansari, 43, berkata beliau mahu membeli gerai, peralatan burger serta rak penyimpanan supaya peralatan katering.

"Alhamdulillah ini merupakan bantuan kedua dan pertama kali terima pada Jun lalu. Bagi bantuan awal sebelum ini saya membeli beberapa kelengkapan katering supaya memudahkan memasak dan mengambil tempahan.

[caption id="attachment_553631" align="alignleft" width="348"] Noor Laili Zakaria Ansari[/caption]

"Syukur dengan kelengkapan ini perniagaan semakin berkembang dan tempahan diterima juga agak banyak. Saya bercadang untuk bantuan kali ini hendak pasang rak dan beli gerai burger supaya perniagaan lebih meluas," katanya.

Noor Laili antara lima penerima bantuan sebanyak RM8,000 sempena Jelajah Selangor Penyayang Hulu Selangor. Bantuan disampaikan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

Sementara itu, tukang jahit Mohd Fairus Ruslan, 39, berkata beliau bercadang untuk membeli mesin jahit butang bagi memudahkannya menerima tempahan baju kemeja.

[caption id="attachment_553633" align="alignright" width="348"] Mohd Fairus Ruslan[/caption]

"Saya minat menjahit sejak di bangku sekolah dan berjinak menjahit dengan mengambil tempahan baju untuk adik-beradik dan saudara-mara.

"Apabila ada modal sikit, saya beli satu persatu mesin untuk memudahkan menjahit. Alhamdulillah tempahan diterima menggalakkan dan dengan bantuan ini saya mahu beli mesin jahit baju untuk memudahkan ambil tempahan lebih banyak baju kemeja," katanya.

Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan dibuka kepada pemohon yang berpendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah dan mempunyai lesen perniagaan yang sah.

Pemohon juga perlu memulakan perniagaan atau perusahaan sekurang-kurangnya satu tahun dengan menerima peralatan atau mesin yang diperlukan mengikut perniagaan yang dijalankan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.