BERITA UTAMA

3,256 usahawan terima bantuan alatan niaga, negeri salur RM13.6 juta sejak 2016

17 Okt 2023, 8:18 AM
3,256 usahawan terima bantuan alatan niaga, negeri salur RM13.6 juta sejak 2016
3,256 usahawan terima bantuan alatan niaga, negeri salur RM13.6 juta sejak 2016
3,256 usahawan terima bantuan alatan niaga, negeri salur RM13.6 juta sejak 2016
3,256 usahawan terima bantuan alatan niaga, negeri salur RM13.6 juta sejak 2016

KUALA LANGAT, 17 OKT: Seramai 3,256 usahawan kecil menerima bantuan alatan perniagaan dengan peruntukan RM13.6 juta menerusi program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan sejak 2016 sehingga kini.

EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu berkata untuk tahun ini sebanyak 334 permohonan usahawan dari sembilan daerah diluluskan setakat ini.

[caption id="attachment_608413" align="aligncenter" width="709"] EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu berucap ketika majlis penyerahan Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan dan program Bantuan Peralatan Usahawan India (i-SEED) di Dewan Sri Jugra, Kuala Langat pada 17 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Untuk Kuala Langat sahaja, sebanyak 90 orang hari ini menerima bantuan peralatan dan mesin masing-masing dengan peruntukan RM687,200.

“Ia menjadi daerah yang menerima peruntukan tertinggi berbanding daerah lain,” kata V Papparaidu.

Ditemui pada Majlis Penyerahan Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan di sini hari ini, beliau memaklumkan sebanyak 639 usahawan India turut menerima bantuan peralatan berniaga sejak 2021.

Papparaidu  menjelaskan Kerajaan Negeri turut membelanjakan RM3.34 juta menerusi program Bantuan Peralatan Usahawan India (I-SEED) dengan tahun ini sebanyak 175 permohonan diluluskan setakat ini.

[caption id="attachment_608412" align="aligncenter" width="767"] EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu (tengah) bergambar bersama penerima selepas menyampaikan peralatan usahawan ketika majlis penyerahan Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan dan program Bantuan Peralatan Usahawan India (i-SEED) di Dewan Sri Jugra, Kuala Langat pada 17 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Kuala Langat sahaja 20 usahawan menerima bantuan peralatan hari ini yang memperuntukkan RM142,480 untuk memenuhi keperluan mereka,” katanya yang berharap setiap usahawan memanfaatkan bantuan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Belanjawan Selangor 2023 memperuntukkan RM2 juta bagi meneruskan program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan untuk penjaja, peniaga atau yang bekerja sendiri untuk melebarkan perniagaan.

"Saya harap peruntukan program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan dan I-SEED diteruskan melalui Belanjawan Selangor yang akan dibentang bulan depan," katanya.

[caption id="attachment_608386" align="aligncenter" width="814"] EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu (tengah) beramah mesra bersama penerima selepas menyampaikan motor roda tiga ketika majlis penyerahan Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan dan program Bantuan Peralatan Usahawan India (i-SEED) di Dewan Sri Jugra, Kuala Langat pada 17 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619