AGENDA

Lebih 50 tempat dikenal pasti berisiko banjir di Selangor

1 Dis 2022, 5:42 AM
Lebih 50 tempat dikenal pasti berisiko banjir di Selangor

SHAH ALAM, 1 DIS: Lebih 50 kawasan di negeri ini dikenal pasti sebagai lokasi titik panas (hotspot) banjir atau berisiko berdepan dengan bencana itu, kata EXCO infrastruktur.

Bagaimanapun, Ir Izham Hashim memaklumkan jumlah berkenaan bergantung kepada keadaan semasa cuaca.

"Hotspot banjir ini berubah dari semasa ke semasa . Setakat ini lebih 50 kawasan namun masalahnya ialah jika kawasan ini sudah diselesaikan, banjir berlaku pula di tempat lain.

"Sebab itu kita ada pengurusan sumber air secara menyeluruh yang perlu dilaksana untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

"Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) diadakan yang berkait dengan longkang dan saliran serta inisiatif Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) ditekankan dalam pelaksanaan ini," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan wakil rakyat Sijangkang Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi berhubung jumlah kawasan titik panas banjir di Selangor pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Sementara itu, menjawab soalan wakil rakyat Sementa Dr Daroyah Alwi mengenai jenis pam air digunakan di kunci air, Izham memaklumkan Kerajaan Negeri menggunakan 'submersible' kerana kapasiti yang besar.

"Pam ini berkapasiti tinggi dan perlu ditempah enam bulan ke setahun. Jadi ketentuan jenis pam bergantung pada keluasan kawasan atau anggaran ramalan air bertakung dan mengalir.

"Dari situ, kita mempunyai angka untuk menentukan pam yang mana digunakan dan biasanya kawasan sensitif disediakan lebih daripada satu sebagai persediaan jika rosak," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619