AGENDA

237,502 tong sampah diedar secara percuma kepada penduduk negeri

15 Mac 2023, 8:58 AM
237,502 tong sampah diedar secara percuma kepada penduduk negeri

SHAH ALAM, 15 MAC: Sebanyak 237,502 tong sampah MGB120 liter diedarkan secara percuma kepada penduduk di enam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak 2017, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata PBT berkenaan ialah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

"Secara keseluruhan, sebanyak 237,502 tong sampah diedarkan kepada rumah-rumah kediaman di kawasan PBT yang terlibat dengan jumlah perbelanjaan RM12.85 juta.

"PBT yang paling banyak mengedarkan tong sampah ialah MBSA iaitu 122,697, diikuti MBPJ (59,491); MPKL (47,495); MPKS (6,140); MPS (1,368) dan MPHS (311)," katanya menjawab soalan wakil rakyat Banting Lau Weng San berhubung pemberian tong sampah MGB120 liter percuma pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Menjawab soalan tambahan wakil rakyat Lembah Jaya Haniza Mohamed Talha berhubung penglibatan PBT lain, Sze Han memaklumkan pemberian tong sampah itu merupakan inisiatif memastikan kawasan pentadbiran masing-masing bersih.

"Pembekalan tong sampah merupakan tanggungjawab setiap penghuni bukannya PBT, tetapi mereka mengambil inisiatif memberi tong sampah percuma di kawasan pentadbiran.

"Usaha ini adalah bagi memastikan kawasan mereka lebih bersih dan pengurusan teratur," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619