ADN

Kolam takungan atasi banjir Taman Mutiara Bukit Raja siap Oktober 2024

1 Dis 2022, 12:08 AM
Kolam takungan atasi banjir Taman Mutiara Bukit Raja siap Oktober 2024

SHAH ALAM, 1 DIS: Kerja pembinaan kolam takungan di Taman Mutiara Bukit Raja di sini dijangka siap pada Oktober 2024.

Wakil rakyat Kota Anggerik berkata pembinaan bermula pada 28 Oktober lalu itu bakal mengatasi masalah banjir yang meresahkan penduduk sejak lebih tiga tahun lalu.

"Alhamdulillah, setelah lebih tiga tahun memperjuangkan isu ini dan turut mengusulkannya di dalam Dewan Negeri Selangor.

"Akhirnya kerja-kerja pembinaan kolam takungan bagi mengatasi masalah banjir di Taman Mutiara Bukit Raja bakal direalisasikan," kata Najwan Halimi menerusi Facebook.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri serta agensi-agensi berkaitan yang terlibat dalam usaha menangani permasalahan itu.

"Saya juga rakamkan penghargaan buat penduduk Taman Mutiara Bukit Raja yang sentiasa sabar menanti dan mendukung ikhtiar saya selama ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619