PBT

Klang bandar pintar menjelang 2030, orang ramai diajak kongsi idea

30 Nov 2022, 3:06 AM
Klang bandar pintar menjelang 2030, orang ramai diajak kongsi idea
Klang bandar pintar menjelang 2030, orang ramai diajak kongsi idea

Oleh Faizal Nazaruddin

SHAH ALAM, 30 NOV: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menggalakkan orang ramai berkongsi idea bagi menyediakan pelan tindakan bandar pintar menjelang 2030.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berkata ia sebagai aspirasi untuk mempersiapkan MPK dalam pengurusan yang cekap dan memperkasakan warganya ke arah transformasi bandar pintar.

"Pelan tindakan ini akan menjadi rujukan dan panduan kepada agensi kerajaan dalam merancang dan melaksanakan pembangunan ke arah mencapai visi Klang Bandar Pintar menjelang 2030," katanya menerusi Facebook.

Kumpulan sasar yang disaran terlibat dalam kajian itu adalah penduduk bermastautin di dalam dan luar Klang, bekerja di Klang dan warga asing.

Kaji selidik bermula pada 28 November hingga 9 Disember 2022 dan borang soal selidik atas talian boleh diperolehi melalui pautan https://arcg.is/08innT1

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619