BERITA UTAMA

EXCO: YaNIS beri peluang syarikat korporat bantu anak istimewa

28 Nov 2022, 1:08 AM
EXCO: YaNIS beri peluang syarikat korporat bantu anak istimewa

SHAH ALAM, 28 NOV: Penubuhan Yayasan Insan Istimewa Selangor (YaNIS) membolehkan lebih ramai anak-anak istimewa dibantu, kata EXCO pembangunan wanita dan keluarga.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata tujuan yayasan itu ditubuhkan untuk menggalakkan badan korporat memberi sumbangan sekali gus terlibat dalam pendidikan anak-anak istimewa.

"Tujuan YaNIS ini adalah bagi mendapatkan dana lebih daripada korporat supaya mempunyai keupayaan menyeluruh untuk membantu golongan anak-anak istimewa tersebut.

"Dengan adanya yayasan ini, pihak swasta boleh menggunakan dana tanggungjawab sosial korporat (CSR) supaya dapat membantu program dianjurkan kerana peruntukan sedia ada tidak mencukupi kerana program AnIS semakin mendapat perhatian," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Hari Kanak-Kanak anjuran Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) di Pusat Prasekolah AnIS, Seksyen 7 di sini, semalam.

Dato' Menteri Besar dalam Pembentangan Belanjawan 2023 mengumumkan penubuhan YaNIS dengan peruntukan RM4 juta pada tahun depan.

Penubuhan yayasan yang dikendalikan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI adalah bukti komitmen Kerajaan Negeri terhadap usaha pemberdayaan anak-anak istimewa Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619