ADN

ADN: Belanjawan 2023 cakna kebajikan kanak-kanak, ibu tunggal

27 Nov 2022, 10:31 AM
ADN: Belanjawan 2023 cakna kebajikan kanak-kanak, ibu tunggal

SHAH ALAM, 27 NOV : Belanjawan Selangor 2023 memperkenal banyak inisiatif untuk keluarga termasuk kanak-kanak dan ibu tunggal, maklum ahli dewan negeri Bukit Melawati.

Juwairiya Zulkifli berkata demi memastikan ibu tunggal tidak terpinggir, Selangor memperuntuk RM336,000 bagi insentif pembangunan golongan itu dan kuota khas pembelian perumahan mampu milik Rumah Selangorku.

"Manakala, bagi kanak-kanak pula sebanyak RM4 juta dibelanja kepada Yayasan Insan Istimewa Selangor (Yanis), Kad Iltizam Anak Selangor (Kad AnIS) dan bantuan khas anak istimewa Selangor (Bantuan Khas AnIS).

"Ini jelas membuktikan komitmen negeri untuk terus membangun potensi serta menyediakan sistem sokongan kepada setiap anak-anak istimewa di Selangor," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Juwairiya turut menyokong inisiatif Kerajaan Negeri cakna berhubung kemiskinan haid dengan memperuntuk RM200,000 bagi kempen kebersihan menstruasi.

"Ketiadaan akses asas seperti tuala wanita banyak menjejaskan komuniti marginal dan kanak-kanak perempuan. Malahan, menangani kemiskinan haid ini juga dapat mengatasi isu keciciran pelajar di sekolah.

"Secara keseluruhan, saya melihat Belanjawan  Selangor 2023 merupakan belanjawan yang mesra rakyat dan keluarga meski negara berdepan cabaran krisis kesihatan dunia," katanya.

Jumaat lepas, Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membentangkan Belanjawan Selangor 2023 dengan memperuntuk RM2.45 bilion sebagai persediaan mendepani kelembapan ekonomi tahun depan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619