AGENDA

Bantuan anak ke taska, ramai ibu bapa gembira

27 Nov 2022, 9:27 AM
Bantuan anak ke taska, ramai ibu bapa gembira
Bantuan anak ke taska, ramai ibu bapa gembira

SHAH ALAM, 27 NOV: Bantuan sekali bayar RM100 untuk daftar anak ke taska atau nurseri yang diumumkan menerusi Belanjawan Selangor 2023 sangat membantu orang ramai.

Kakitangan swasta Nur Syafiqah Ali, 29, berkata bantuan itu menepati keperluan rakyat terutamanya meringankan beban suami isteri yang bekerja.

"Mahu atau tidak kita perlu hantar anak kepada pengasuh kerana komitmen kerja tetapi mencari tempat asuhan juga tidak boleh sembarangan kerana banyak kes negatif.

"Justeru, untuk mendapatkan yang berkualiti dan diyakini tentunya memerlukan kos yang lebih mahal. Bantuan ini membuktikan kerajaan begitu peduli dengan keperluan rakyat," katanya kepada SelangorKini.

Peniaga Norsuziana Abdullah, 49, berkata beliau sangat menyokong inisiatif tersebut kerana meringankan beban ibu bapa.

"Cuma saya harap Kerajaan Negeri dapat menjelaskan secara lebih terperinci kaedah permohonan dan syarat-syarat untuk menerima bantuan tersebut," katanya.

[caption id="attachment_552318" align="aligncenter" width="500"] Norsuziana Abdullah[/caption]

Suri rumah, Ida Marwati Mat Daud, 35, mengakui cemburu melihat banyak manfaat diperoleh wanita dalam Belanjawan Selangor 2023.

"Rasa macam mahu bekerja semula apabila tahu banyak manfaat untuk wanita...saya berhenti ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana tiada siapa boleh jaga anak," katanya yang pernah bertugas sebagai editor Oxford Fajar.

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2023 Jumaat lepas, Dato' Menteri Besar mengumumkan bantuan sekali bayar RM100 kepada ibu bapa yang memiliki anak berusia empat tahun ke bawah untuk kemasukan ke taska atau nurseri.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata insentif pendaftaran tahunan untuk golongan berpendapatan sederhana (M40) membabitkan dana keseluruhan RM500,000.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619