AGENDA

Jelajah promosi tawaran Belanjawan 2023 di semua DUN mulai Januari

4 Dis 2022, 7:30 AM
Jelajah promosi tawaran Belanjawan 2023 di semua DUN mulai Januari
Jelajah promosi tawaran Belanjawan 2023 di semua DUN mulai Januari

HULU SELANGOR, 4 DIS: Kerajaan Negeri menganjurkan jelajah bagi mempromosi skim yang terkandung dalam Belanjawan Selangor 2023 mulai Januari hingga Jun tahun depan.

Dato’ Menteri Besar berkata jelajah ke seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) bersaiz saiz lebih kecil berbanding Jelajah Selangor Penyanyang (JSP).

“Jelajah ini melibatkan semua 56 DUN. Kita akan putuskan sama ada dibuat mengikut Parlimen atau peringkat DUN," katanya pada sidang media selepas merasmikan JSP Hulu Selangor di sini hari ini.

“Kita akan promosikan tawaran belanjawan tahun depan antaranya berkaitan manfaat diterima golongan wanita dan beberapa insentif baharu."

[caption id="attachment_553618" align="aligncenter" width="693"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ditemani isteri Datin Seri Masdiana Muhamad melawat reruai pada program Jelajah Selangor Penyayang di Persiaran As Salam Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 4 Disember 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Sejak Jun, Kerajaan Negeri menganjurkan JSP secara bersiri bermula di Taman Kosas, Hulu Langat diikuti Pantai Morib Kuala Langat dan Stadium Utama Kuala Selangor.

Program turut berlangsung di Dataran Boulevard Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Padang Awam Batu Caves, Stadium Sungai Besar serta Kota Warisan Sepang.

Pada 25 November, Amirudin ketika membentang Belanjawan 2023 memaklumkan Kerajaan Selangor memperuntuk RM2.45 bilion sebagai persediaan mendepani kelembapan ekonomi tahun depan.

Beliau berkata sebanyak RM1.25 bilion atau 51 peratus diperuntuk bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.2 bilion lagi untuk pembangunan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619