AGENDA

Pasukan khas pantau projek pembangunan Kuala Langat, Sepang

26 Nov 2022, 4:00 AM
Pasukan khas pantau projek pembangunan Kuala Langat, Sepang

SHAH ALAM, 26 NOV: Jawatankuasa pasukan petugas khas diwujud bagi memastikan projek Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS) di Sepang dan Kuala Langat lancar.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan pasukan tersebut akan menyelaras, memantau serta menyelesaikan masalah berbangkit.

"Pasukan ini berperanan sebagai pemudah cara dan penyelaras dalam membantu pelaksanaan cadangan pembangunan projek," katanya ketika pembentangan Belanjawan 2023 semalam.

IDRISS merupakan antara agenda terkandung dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang diumum Julai lalu bagi membangunkan Sepang dan Kuala Langat dengan peruntukan RM1 trilion.

Dua daerah tersebut dikenal pasti bagi pembangunan berasaskan wilayah untuk memastikan pengagihan saksama bagi aktiviti ekonomi di negeri ini.

Sementara itu, Amirudin berkata IDRISS yang dibangunkan pada kawasan seluas 40,000 ekar bakal dilengkapi taman pengurusan industri keperluan pelabur.

"Ketika ini ada pemaju hartanah berminat membangunkan taman berkonsep ini di IDRISS seluas 732.4 ekar," katanya

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619