AGENDA

Peruntuk RM25 juta giat promosi program pelaburan

25 Nov 2022, 8:00 AM
Peruntuk RM25 juta giat promosi program pelaburan

SHAH ALAM, 25 NOV: Sejumlah RM25 juta diperuntuk kepada anak syarikat Kerajaan Negeri, Invest Selangor bagi melaksanakan program promosi penggalakan pelaburan.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata program diperkukuh antaranya Misi Pelaburan dan Perdagangan selain penekanan kepada industri tumpuan lain.

Jelasnya, sektor yang turut diberi tumpuan meliputi sains hayat, makanan dan minuman, elektrik dan elektronik, pengangkutan, serta mesin dan peralatan.

"Dua industri baharu yang berpotensi melonjakkan Selangor sebagai destinasi pelaburan iaitu perkhidmatan logistik dan pelaburan digital," katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

Amirudin berkata Kerajaan Negeri juga bercadang meneruskan penganjuran Pameran Penerbangan Selangor (SAS) dan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa (SIBS) pada September dan Oktober 2023.

"SAS tahun ini berjaya mencatatkan jumlah potensi transaksi RM1.174 bilion manakala SIBS (RM1.45 bilion). Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) yang mula dianjur pada 2021 juga bakal diteruskan dengan peruntukan RM700,000," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619