PBT

Belanjawan Selangor: MBSJ harap ada dana khas rancak program, mahu perkasa peniaga kecil

24 Nov 2022, 11:26 AM
Belanjawan Selangor: MBSJ harap ada dana khas rancak program, mahu perkasa peniaga kecil
Belanjawan Selangor: MBSJ harap ada dana khas rancak program, mahu perkasa peniaga kecil

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SUBANG JAYA, 24 NOV: Belanjawan Selangor 2023 yang dibentangkan Dato’ Menteri Besar petang esok diharap memberi berita baik kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Datuk Bandar Subang Jaya Dato' Johary Anuar berharap Kerajaan Negeri menyalurkan dana untuk merancakkan lagi program PBT terutama melibatkan peniaga kecil.

“Bantuan Kerajaan Negeri kepada usahawan mikro akan membantu menambah baik perniagaan mereka sekali gus mereka menyumbang (kepada PBT) dari segi lesen dan permit niaga,” katanya.

[caption id="attachment_551736" align="aligncenter" width="697"] Datuk Bandar Subang Jaya Datuk Johary Anuar  (tengah) pada Majlis Pelancaran Pelan Anti Rasuah MBSJ 2022-2026 di Sunway Resort pada 24 November 2022. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI[/caption]

Ditemui selepas melancarkan Pelan Anti Rasuah MBSJ di sini hari ini, beliau juga berharap Kerajaan Negeri mengumumkan bantuan kewangan kepada penjawat awam.

Menurutnya, bantuan berkenaan akan meningkatkan motivasi kakitangan untuk terus berkhidmat dengan cemerlang selain membantu mereka berdepan situasi ekonomi tidak menentu.

Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual membentangkan Belanjawan Selangor 2023 dalam sidang Dewan Negeri Selangor petang esok.

Ia antara lain akan menumpukan strategi mendepani gelombang kemelesetan ekonomi selain aspek membabitkan golongan muda, wanita dan kegiatan ekonomi turut diberi perhatian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619