Belanjawan Selangor 2026: MB Amirudin jemput rakyat ikuti pembentangan esok

13 Nov 2025, 6:41 AM
Belanjawan Selangor 2026: MB Amirudin jemput rakyat ikuti pembentangan esok

SHAH ALAM, 13 NOV: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mempelawa orang ramai mengikuti pembentangan Belanjawan Selangor 2026 yang berlangsung esok.

Dengan tema ‘Selangor Juara, Rakyat Sejahtera’, pembentangan bermula jam 3 petang itu boleh diikuti di media sosial Amirudin Shari atau laman sesawang Media Selangor.

Penyampaian juga boleh didapati di platform media sosial rasmi Media Selangor termasuk Facebook, Instagram, X, TikTok, Telegram serta saluran MYTV.

Sebelum ini Amirudin berkata belanjawan tahun depan dirangka dengan pendekatan menyeluruh yang menekankan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat selain bakal membawa khabar gembira buat penjawat awam dan seluruh rakyat Selangor

Beliau turut memaklumkan belanjawan bakal memberi tumpuan kepada pelaksanaan program baharu berteras pendidikan dan pembasmian kemiskinan bagi memastikan rakyat terus maju seiring pembangunan negeri.

Jelasnya belanjawan kali ini turut menumpukan projek naik taraf bagi menangani isu banjir, selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperuntukkan RM2.2 bilion bagi 43 Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan tinggi dalam Belanjawan Negara 2026.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619