AGENDA

Pulang mengundi, aliran trafik lebuh raya utama perlahan

18 Nov 2022, 2:44 AM
Pulang mengundi, aliran trafik lebuh raya utama perlahan

KUALA LUMPUR, 18 NOV: Aliran trafik di lebuh raya utama bergerak perlahan setakat 8 pagi ini susulan orang ramai pulang ke destinasi masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15), esok.

Menurut jurucakap Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik perlahan dikesan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke timur dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah, Bukit Tinggi ke Plaza Tol Bentong dan persimpangan Karak ke Plaza Tol Karak.

Sementara, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 masih bergerak lancar namun perlahan, katanya kepada Bernama.

Bagi perjalanan ke arah utara, jurucakap itu berkata aliran trafik juga perlahan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dari Sungai Buloh ke Sungai Buaya; Lembah Beringin ke Tanjung Malim; Slim ke Sungkai; Bidor ke Gopeng dan Ipoh (selatan) ke Ipoh (utara).

Untuk perjalanan ke arah selatan, jurucakap Plus pula memaklumkan terdapat kemalangan di Kilometer (KM) 382.3 berdekatan Slim River, Perak dan KM177.5 dari Jasin ke Tangkak yang menyebabkan trafik perlahan sejauh 3.5 kilometer.

“Selain itu, aliran trafik juga perlahan dari Nilai ke kawasan Rehat dan Rawat Seremban, Negeri Sembilan,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619