AGENDA

Wanita cedera kereta ditimpa pokok tumbang ketika balik mengundi

9 Sep 2023, 11:14 AM
Wanita cedera kereta ditimpa pokok tumbang ketika balik mengundi

JOHOR BAHRU, 9 SEPT: Seorang wanita cedera apabila kereta yang dinaiki ditimpa pokok tumbang di Jalan Pertahanan, Taman Desa Rahmat di sini selepas balik daripada mengundi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai petang ini.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shah Rizal Abdul Rahman berkata Mary Tan, 57, yang memandu kereta jenama BMW, cedera di paha kiri akibat terkena tusukan kayu yang terjatuh di atas keretanya.

Beliau berkata insiden dipercayai berlaku semasa Tan dalam perjalanan pulang selepas menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yassin di sini.

"Mangsa dikeluarkan dari kereta dan diberi rawatan awal oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk tindakan lanjut.

"Anggota bomba bertindak memotong pokok tersebut dengan menggunakan dua gergaji rantai," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Shah Rizal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 3.02 petang sebelum sebuah kenderaan EMRS dan kenderaan Fire Rescue Tender (FRT) dengan kekuatan 10 anggota digegaskan ke lokasi kejadian.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619