AGENDA

Kempen Amirudin tarik ribuan orang, bayangan 'tawan' Gombak

18 Nov 2022, 2:27 AM
Kempen Amirudin tarik ribuan orang, bayangan 'tawan' Gombak
Kempen Amirudin tarik ribuan orang, bayangan 'tawan' Gombak

GOMBAK, 18 NOV: Kurang 24 jam sebelum kempen pilihan raya umum ke-15 tamat, siri ceramah Dato’ Seri Amirudin Shari terus menarik ribuan orang yang membayangkan angin perubahan di Parlimen Gombak.

Ceramahnya di Pinggiran Batu Caves malam tadi dihadiri pengundi yang menyuarakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (HARAPAN) itu yang berdepan penyandang tiga penggal, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Sokongan itu dizahirkan dengan laungan 'reformasi', 'lawan tetap lawan' dan 'kita boleh' yang sentiasa bergema.

[caption id="attachment_550320" align="alignnone" width="743"] Penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) bersorak apabila mendengar amanat dari pimpinan HARAPAN ketika Ceramah Mega HARAPAN Gombak sempena pilihan raya umum ke-15 (PRU15) di Pinggiran Batu Caves, Gombak pada 17 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin yang juga naib presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menegaskan pengundi Gombak kini sedia berubah dan tidak lagi rela diwakili pengkhianat yang bersekongkol dengan 'pencuri'.

"Orang Gombak mempunyai maruah dan bakal membuat keputusan penting 19 November ini, tindakan mengkhianati mandat yang telah diberi tidak boleh diterima," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail mengingatkan pengundi bahawa proses membuang undi esok adalah peluang terbaik untuk menghentikan pengkhianatan dalam parti.

"Biarlah Azmin menjadi sebahagian lipatan hitam sejarah kita. Sabtu nanti, bila buka kertas undi jangan lagi 'jeling' nombor satu (Azmin).

"Terus undi calon nombor dua iaitu Amirudin dari HARAPAN, selepas mengundi ingatkan perkara sama kepada keluarga dan kawan," katanya yang juga calon HARAPAN Parlimen Kulim Bandar Baharu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619