AGENDA

Pergiat kempen di media sosial, elak lambakan bendera selepas PRU

14 Nov 2022, 3:13 AM
Pergiat kempen di media sosial, elak lambakan bendera selepas PRU
Pergiat kempen di media sosial, elak lambakan bendera selepas PRU

OLEH DIANA ABD WAHAB

HULU SELANGOR, 14 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) mengesyorkan supaya kempen pilihan raya umum (PRU) akan datang tidak lagi menggunakan bahan fizikal seperti bendera atau kain rentang.

Sebaliknya, calon gabungan itu di Parlimen Hulu Selangor Dr Sathia Prakash Nadarajan mencadangkan semua parti politik membuat perubahan dengan menumpukan kempen di media sosial.

Selain memelihara alam sekitar, beliau menegaskan kempen secara digital juga lebih relevan, menjimatkan wang dan tenaga jentera parti untuk memasang bendera.

“Saya tidak nafikan bendera penting untuk menambah kemeriahan pilihan raya. Apabila pasang bendera dan gegantung, rakyat tahu musim pilihan raya. Tetapi bukan pasang di semua tempat.

[caption id="attachment_548769" align="aligncenter" width="720"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Hulu Selangor Dr Sathia Prakash Nadarajan (dua, kanan) bertemu peniaga pasar malam di Kuala Kubu Bharu dalam siri jelajah kempennya di kawasan itu pada 10 November 2022. Foto Facebook DrSathia Prakash Nadarajan[/caption]

“Saya nampak benda-benda ini (pasang bendera) boleh dibelanjakan untuk perkara lain. Boleh bantu rakyat memerlukan. Lebih membimbangkan pencemaran, saya tidak tahu berapa tan sampah akan dikumpul selepas 19 November," katanya.

Dr Sathia yang ditemui di Bilik Gerakan Utama HARAPAN di sini pada 12 November menambah tempoh kempen yang berbaki kurang seminggu akan digunakan sepenuhnya untuk mendekati rakyat.

Biarpun faktor cuaca sedikit membataskan kempen, namun jelasnya, sebahagian besar kawasan itu sudah dilawati termasuk di Hulu Bernam dan Kuala Kubu Bharu.

"Kita akan giatkan kempen di Batang Kali dengan bantuan semua komponen dalam HARAPAN. Kita gembira semua pihak beri komitmen penuh untuk pastikan kita dapat kekal di Hulu Selangor,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619