AGENDA

Papan kempen diconteng, calon HARAPAN Hulu Selangor kekal tenang

17 Nov 2022, 11:52 AM
Papan kempen diconteng, calon HARAPAN Hulu Selangor kekal tenang

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 17 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Hulu Selangor kecewa tetapi kekal bertenang apabila papan kempennya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diconteng dengan perkataan kurang sopan.

Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata dua papan iklan terjejas iaitu di Sungai Choh, Serendah dan Batang kali yang dikesan pagi tadi.

"Ini hanyalah provokasi pihak lawan. Mereka dah kehilangan idea macam mana cara untuk merayu undi.

"Jadi kita perlu tenang dan sabar serta terangkan pada semua penduduk Hulu Selangor. Mohon semua untuk sabar ya... dua hari lagi," katanya menerusi Facebook.

Dr Sathia Prakash meminta jentera HARAPAN kekal tenang dengan segala provokasi dilontarkan oleh pihak lawan.

Pencalonan beliau sebagai calon telah mendapat sokongan memberangsangkan kerana aktif berkempen bertemu masyarakat.

Selain isu pembangunan Dr Sathia Prakash turut menekan kepentingan menghargai nilai-nilai perbezaan dan menghormati kepelbagaian kaum, budaya dan agama untuk menikmati kehidupan yang harmoni.

Beliau dicabar Datuk T Mohan (Barisan Nasional), Hasnizan Harun (Perikatan Nasional dan Harumaini Omar (Pejuang).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619