AGENDA

Anggota 11 Briged sedia digerakkan bantu mangsa banjir di Selangor

13 Nov 2022, 12:09 AM
Anggota 11 Briged sedia digerakkan bantu mangsa banjir di Selangor

KLANG, 13 NOV: Keseluruhan ketumbukan anggota 11 Briged yang berpangkalan di Kem Sungai Buloh dekat sini bersiap sedia untuk digerakkan bagi membantu mangsa banjir di Selangor.

Panglima 11 Briged Brig Jen Fazal Abdul Rahman berkata setakat ini dua pegawai dan 18 anggota tentera telah dikerah ke kawasan Meru di sini bagi pemindahan mangsa.

Beliau berkata pihaknya juga telah menubuhkan sebuah pangkalan hadapan di Shah Alam untuk memudahkan urusan atur gerak anggota dan aset ke kawasan terjejas.

"Setakat ini aset yang digunakan hanya melibatkan sebuah trak tiga tan untuk memindahkan mangsa banjir ke kawasan selamat bagaimanapun aset-aset yang lain akan digerakkan jika diperlukan.

"Selain itu, 13 bot juga bersedia untuk digunakan jika keadaan banjir semakin teruk dan aset-aset ini akan ditambah mengikut keadaan semasa," katanya kepada Bernama di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Meru di sini semalam.

Turut hadir Panglima Empat Divisyen Mej Jen Datuk Ya'cob Samiran.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Meru mendapati rata-rata mangsa telah pulang ke rumah masing-masing bagi melakukan kerja pembersihan manakala cuaca adalah mendung.

Menurut laman web InfoBencanaJKM, setakat pagi semalam lapan pusat pemindahan sementara telah dibuka di Selangor iaitu empat di Kuala Selangor, tiga di Klang serta satu di Petaling.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619