AGENDA

HARAPAN mampu pulihkan ekonomi, stabilkan negara

12 Nov 2022, 4:15 AM
HARAPAN mampu pulihkan ekonomi, stabilkan negara

SHAH ALAM, 12 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) berkebolehan memulihkan ekonomi dan menstabilkan Malaysia jika diberi mandat lima tahun mentadbir negara.

Calon HARAPAN Parlimen Shah Alam berkata rakyat juga berhak menentukan kerajaan yang lebih layak jika gabungan itu terbukti gagal dalam tempoh berkenaan.

"HARAPAN ingin membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa gabungan ini mampu memulihkan ekonomi dan menstabilkan negara ke arah yang lebih baik," kata Azli Yusof.

"Justeru, sekiranya diberi mandat pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kita akan memastikan rakyat tidak terbeban dengan isu berunsur khianat dan amalkan rasuah."

Bercakap pada Ceramah Mega Shah Alam di Bilik Gerakan Seksyen 17 di sini malam tadi, Azli yakin mampu meraih sokongan rakyat dan mengekalkan kerusi HARAPAN di situ.

"Sepanjang seminggu berkempen, penerimaan penduduk Shah Alam terhadap saya dilihat baik dan rata-rata daripada mereka juga kenali saya," katanya.

Azli berdepan pencabar Dr Afif Bahardin (Perikatan Nasional), Isham Jalil (Barisan Nasional) dan Rafique Rashid (Pejuang) pada PRU15.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619