AGENDA

Tangani isu bah, bina hab e-perniagaan antara enam tawaran utama calon HARAPAN Shah Alam

15 Nov 2022, 12:14 PM
Tangani isu bah, bina hab e-perniagaan antara enam tawaran utama calon HARAPAN Shah Alam
Tangani isu bah, bina hab e-perniagaan antara enam tawaran utama calon HARAPAN Shah Alam

SHAH ALAM, 15 NOV: Penyelesaian masalah banjir antara enam tawaran utama calon Pakatan Harapan Parlimen Shah Alam kepada penduduk kawasan terbabit sekiranya berjaya memenangi kerusi pada pilihan raya umum kali ini.

Azli Yusuf turut berhasrat memperjuangkan kos sara hidup warga bandar raya itu selain mewujudkan hab e-pernigaan bagi membantu penduduk menjana pendapatan melalui bidang keusahawanan.

"Ia memang bukan perkara baharu dan YB (yang berhormat) Khalid Samad mantan ahli parlimen sini pun banyak beliau telah usahakan dan menjaga kebajikan warga Shah Alam. Terima kasih juga kepada beliau," katanya ketika membentangkan tawaran berkenaan di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Shah Alam, Seksyen 13 di sini hari ini.

"Namun, kita mahu mula sesuai dengan arus pembangunan di Shah Alam ketika ini. Kita akan merancakkan lagi demi kesejahteraan dan kebajikan penduduk di sini." katanya.

Antara lain, Azli turut menawarkan perlindungan insurans pekerja e-panggilan dan tekad menangani kesesakan lalu lintas dan menambah bilangan sekolah.

[caption id="attachment_548780" align="aligncenter" width="713"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Shah Alam Azli Yusof menyantuni penduduk rumah pangsa PKNS Seksyen 16, Shah Alam pada 7 November 2022. Foto Facebook Azli Yusof[/caption]

Graduan Pengurusan Kejuruteraan dari University of Missouri-Rolla diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai calon nombor satu dalam kertas undi berdepan tiga lagi pencabar.

Beliau bakal bersaing dengan Dr Afif Bahardin (Perikatan Nasional), Isham Jalil (Barisan Nasional) dan Rafique Rashid (Pejuang) dalam PRU15.

                                      http://

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619