AGENDA

Calon HARAPAN Shah Alam tekad perjuang isu pelihara alam sekitar

11 Nov 2022, 2:45 AM
Calon HARAPAN Shah Alam tekad perjuang isu pelihara alam sekitar
Calon HARAPAN Shah Alam tekad perjuang isu pelihara alam sekitar

SHAH ALAM, 10 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Shah Alam tekad memperjuang isu pemeliharaan alam sekitar sekiranya diberi mandat pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Azli Yusof berkata perkara itu seiring dengan tawaran HARAPAN bagi memastikan krisis iklim dapat diurus dengan tuntas demi masa depan generasi akan datang.

"Saya mengambil maklum aduan daripada persatuan Rimba Komuniti Shah Alam yang mahu kerajaan mengekalkan dan mewartakan hutan simpan di kawasan ini. Saya sokong perkara ini.

"Hutan di Shah Alam perlu diberi perlindungan demi keperluan ekologi, pendidikan, kesihatan dan rekreasi masyarakat setempat.

"Insya-Allah perkara ini akan menjadi perhatian saya kerana hutan adalah 'paru-paru bumi' yang mesti dipelihara bersama," katanya kepada SelangorKini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program mendaki di Shah Alam Community Forest (SACF) di Setia Alam di sini.

[caption id="attachment_548819" align="aligncenter" width="716"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Shah Alam Azli Yusof ketika menyertai program Rimba Komuniti di Setia Alam, Shah Alam pada 10 November 2022. Foto Facebook AZLI YUSOF[/caption]

Sementara itu, Setiausaha SACF Alicia Teoh berkata beliau berharap kerajaan baharu yang bakal mentadbir mengambil serius berhubung isu pemeliharaan alam sekitar.

"Terima kasih kepada calon Parlimen Shah Alam (Azli Yusof) kerana menerima pelawaan kami untuk mendaki hari ini (semalam) walaupun sibuk dalam kempen PRU15.

"Kita menyokong tawaran HARAPAN yanag mahu memelihara alam sekitar terutama menggubal akta perubahan iklim, harap ia dapat dilaksana," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619