AGENDA

Usia bukan penentu tarik undi muda, rakyat cari pemimpin terbaik

10 Nov 2022, 12:56 PM
Usia bukan penentu tarik undi muda, rakyat cari pemimpin terbaik
Usia bukan penentu tarik undi muda, rakyat cari pemimpin terbaik
Usia bukan penentu tarik undi muda, rakyat cari pemimpin terbaik

SHAH ALAM, 10 NOV: Faktor usia calon bertanding bukan penentu penerimaan pengundi muda pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Shah Alam berkata rakyat mahukan seorang pemimpin yang mampu berkhidmat kepada semua golongan bukannya untuk kelompok tertentu sahaja.

[caption id="attachment_548704" align="alignleft" width="296"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Shah Alam Azli Yusof. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Azli Yusof yang berusia 55 tahun memaklumkan pengalaman menetap di bandar raya ini sejak 1985 memberi kelebihan kepadanya untuk memahami keperluan masyarakat setempat.

"Perkara terpenting adalah kita akan terus berusaha kempen seperti biasa. Saya tekad mahu memperjuangkan nasib penduduk Shah Alam termasuk terus mendekati orang muda. Pengundi mencari wakil rakyat terbaik.

"Setakat lima hari berkempen penerimaan masyarakat kepada saya dilihat baik dan mereka rata-ratanya senang dengan saya," katanya ketika ditemui selepas program ziarah kasih di Pangsapuri Seksyen 19 di sini, hari ini.

Beliau mengulas pertanyaan berhubung penerimaan pengundi muda memandangkan bersaing dengan tiga calon lain yang lebih muda.

Azli yang juga graduan Pengurusan Kejuruteraan dari University of Missouri-Rolla, Amerika Syarikat (AS) diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai calon nombor satu dalam kertas undi berdepan tiga lagi pencabar.

Beliau dicabar Dr Afif Bahardin (Perikatan Nasional), Isham Jalil (Barisan Nasional) dan Rafique Rashid (Pejuang) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

[caption id="attachment_548706" align="aligncenter" width="500"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Shah Alam Azli Yusof menziarahi keluarga mangsa kemalangan jalan raya di Pangsapuri PKNS Seksyen 19, Shah Alam pada 10 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619