AGENDA

Bas Smart Selangor mula perkhidmatan di lokasi utama bantu pengguna LRT

10 Nov 2022, 2:26 AM
Bas Smart Selangor mula perkhidmatan di lokasi utama bantu pengguna LRT
Bas Smart Selangor mula perkhidmatan di lokasi utama bantu pengguna LRT

SHAH ALAM, 10 NOV: Bas Smart Selangor memulakan perkhidmatannya lokasi utama bagi meringankan beban pengguna berikutan gangguan sistem perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya.

Dato' Menteri Besar berkata ia selaras dengan pengumuman Kerajaan Negeri semalam yang menyediakan 20 bas bagi menampung keperluan orang ramai selepas operasi 16 stesen ditutup.

"Selaras dengan pengumuman semalam di mana Kerajaan Negeri Selangor menyediakan 20 buah bas utk membantu meringankan beban pengguna LRT, pagi ini telah memulakan perkhidmatan di beberapa buah lokasi utama," kata Dato' Seri Amirudin Shari di Facebook hari ini.

[caption id="attachment_548525" align="aligncenter" width="708"] Kerajaan Negeri menyediakan 20 Bas Smart Selangor bagi membantu ribuan pengguna berikutan gangguan sistem perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya. Perkhidmatan berkenaan sudah bermula di beberapa lokasi utama pada 10 November 2022. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

Semalam, beliau menjelaskan perkhidmatan tambahan itu diselaras dengan bas perantara disediakan RapidKL bagi mengelak gangguan jadual.

Sebelum ini, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan perkhidmatan LRT antara stesen Kelana Jaya dan Ampang Park digantung tujuh hari mulai semalam susulan sistem kawalan tren automatik yang tidak stabil.

Bagaimanapun, katanya, perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya akan beroperasi hanya dari Stesen Gombak ke Stesen Damai serta dari Stesen Lembah Subang ke Stesen Putra Heights.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619