PBT

MPK sita sebuah lori, sering buang sisa binaan secara haram

9 Nov 2022, 4:06 AM
MPK sita sebuah lori, sering buang sisa binaan secara haram

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 9 NOV: Padah sering membuang sisa binaan secara haram, sebuah lori disita Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam operasi di Jalan Sungai Bertek di sini, semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan sitaan dilakukan hasil intipan pasukannya sebelum bertindak mengekori lori berkenaan.

"Pasukan terserempak dengan lori ini di Jalan Yadi iaitu lori yang dikenal pasti sering membuang sampah di Lot 2157, Jalan Sungai Bertek.

"Pasukan telah mengekori lori tersebut yang dipercayai ingin membuang sisa binaan di Teluk Gadong Kecil," katanya di Facebook.

Sitaan dilakukan bawah Undang-Undang Kecil 4 Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah-Sarap MPK 2007.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619