AGENDA

Bina sekolah baharu di Shah Alam tampung keperluan penduduk padat

9 Nov 2022, 2:59 AM
Bina sekolah baharu di Shah Alam tampung keperluan penduduk padat

SHAH ALAM, 9 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) tekad membawa usul supaya lebih banyak sekolah menengah dibina di Shah Alam bagi menampung kepadatan penduduk di kawasan itu.

Calon gabungan itu Azli Yusof berkata rungutan tersebut sering dibangkitkan penduduk yang terbeban kerana terpaksa menghantar anak mereka bersekolah jauh dari kawasan kediaman.

"Sebelum ini penduduk di Seksyen U10, U11 dan U12 kerap mengadu tiada sekolah menengah di kawasan mereka dan terpaksa hantar anak jauh ke Meru, Bukit Jelutong.

"Selain membebankan ibu bapa, jalan raya pun jadi sesak sebab semua orang dari banyak kawasan hanya tumpu di sekolah itu sahaja pada satu-satu masa," katanya ditemui di sini semalam.

Sebelum ini, Azli yang juga lulusan pengurusan kejuruteraan dari University of Missouri-Rolla turut berhasrat membangunkan semula rumah pangsa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di Seksyen 16.

Dalam pilihan raya kali ini, Azli bersaing dengan Hizatul Isham Abdul Jalil (Barisan Nasional), Dr Afif Bahardin (Perikatan Nasional) dan Muhammad Rafique Rashid (Pejuang).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619