AGENDA

Calon Ampang gesa tolak wakil rakyat khianati mandat pengundi

5 Nov 2022, 7:32 AM
Calon Ampang gesa tolak wakil rakyat khianati mandat pengundi

AMPANG, 5 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Ampang menggesa pengundi supaya menolak pemimpin yang mengkhianati mandat rakyat.

Rodziah Ismail menjelaskan mana-mana wakil rakyat yang tidak mengendahkan amanah pengundi dalam pilihan raya umum 2018 tidak harus dikekalkan.

"Inilah masanya pengundi mengambil tanggungjawab untuk tolak mereka yang khianati amanah. Jadi, siapa juga (calon) tidak kira penyandang tiga penggal atau menteri, pengkhianatan tiada tempat di sini,” katanya.

Beliau dipercayai merujuk penyandang Datuk Zuraida Kamarudin yang menang atas tiket HARAPAN pada 2018 tetapi kini mempertahan kerusi tersebut sebagai calon Parti Bangsa Malaysia.

Rodziah yang juga EXCO negeri ditemui selepas penyerahan borang pencalonan di Dewan Dato Ahmad Razali di sini dengan ditemani pencadang Syed Ahmad Syed Abdul Rahman dan penyokong Datuk Gerald Hans Isaac.

Dalam saingan sembilan penjuru, calon lain ialah Ivone Low Yi Wen (Barisan Nasional), Nurul Ashikin Mabahwi (Pejuang), Bryan Lai Wai Chong (Warisan) dan Sasha Lyna Abdul Latif (Perikatan Nasional).

Calon Bebas pula ialah M Raveendran, Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos dan Tan Hua Meng.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619