PBT

Laluan di pusat penamaan calon Parlimen Petaling Jaya, Damansara ditutup

4 Nov 2022, 2:38 AM
Laluan di pusat penamaan calon Parlimen Petaling Jaya, Damansara ditutup
Laluan di pusat penamaan calon Parlimen Petaling Jaya, Damansara ditutup
Laluan di pusat penamaan calon Parlimen Petaling Jaya, Damansara ditutup

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 4 NOV: Empat laluan di sekitar pusat penamaan calon pilihan raya umum ke-15 (PRU15) untuk Parlimen Petaling Jaya dan Parlimen Damansara ditutup esok.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerusi Facebook memaklumkan laluan terlibat ialah Jalan Yong Shook Lin di hadapan bangunan IJM hingga Menara Choy Fook Onn dan Jalan 52/18 dari restoran Texas Chicken hingga restoran Ajmeer.

Penutupan turut membabitkan dua lorong berdekatan pusat penamaan calon di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi Parlimen Petaling Jaya.

"Turut ditutup laluan berdekatan pusat penamaan calon Dewan Komuniti Bandar Utama (BU) untuk Parlimen Damansara dari persimpangan rumah BU 11/7 hingga lampu isyarat," katanya.

Kesemua laluan yang ditutup bermula 5 pagi hingga 1 petang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619