AGENDA

Enam lebuh raya, 25 jalan utama di Lembah Klang ditutup berperingkat sempena Asean

19 Mei 2025, 7:04 AM
Enam lebuh raya, 25 jalan utama di Lembah Klang ditutup berperingkat sempena Asean

KUALA LUMPUR, 19 MEI: Enam lebuh raya dan 25 jalan utama sekitar Lembah Klang akan ditutup secara berperingkat bermula Jumaat hingga 28 Mei ini bagi memastikan kelancaran trafik sempena Sidang Kemuncak Asean.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata jalan yang ditutup termasuk laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Subang, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Istana Negara serta laluan ke hotel penginapan.

Senarai laluan yang ditutup adalah seperti berikut:

  1. Tarikh: Jumaat hingga 26 Mei (7 pagi hingga selesai ketibaan delegasi secara berperingkat)

- Lebuh KLIA

- Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) (KLIA-Putrajaya)

- Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) (Subang-Jalan Duta)

- Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE)

- Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) (Sg Buloh-Jalan Duta)

- Lebuhraya Maju (MEX)

- Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (Sungai Besi-Pusat Bandar)

- Lingkaran Putrajaya

- Jalan Istana

- Jalan Damansara

- Jalan Tun Razak

- Jalan Ampang

- Jalan Sultan Ismail

- Jalan Bukit Bintang

- Jalan Imbi

- Jalan Parlimen

- Jalan Kuching

2. Tarikh: 26 Mei (8 pagi hingga selesai ketibaan, 5.30 petang hingga selesai ketibaan, dan 7 malam hingga ketibaan)

- Persimpangan Jalan Ampang-Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Perak-Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Perak-Jalan Pinang

- Persimpangan Jalan Stonor-Jalan Kia Peng

- Persimpangan Jalan dan Stonor-Persiaran KLCC.

3. Tarikh: 27 Mei (8 pagi hingga 10.30 pagi)

- Persimpangan Jalan Ampang-Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Perak-Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Perak-Jalan Pinang

- Persimpangan Jalan Stonor-Jalan Kia Peng

- Persimpangan Jalan Stonor-Persiaran KLCC.

4. Tarikh: 27 Mei (11.45 pagi hingga 1 petang)

- Sepanjang Jalan Tun Razak

- Sepanjang Jalan Mahameru

- Sepanjang Jalan Sultan Abdul Halim

5. Tarikh: 27 Mei (1.45 petang hingga 3 petang)

- Sepanjang Jalan Parlimen-Jalan Kuching

- Sepanjang Jalan Sultan Ismail

- Persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Perak-Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Perak-Jalan Pinang

- Persimpangan Jalan Stonor-Jalan Kia Peng

- Persimpangan Jalan Stonor-Persiaran KLCC

6. Tarikh: 28 Mei (8 pagi)

- Lebuh KLIA

- Lebuhraya ELITE (KLIA -Putrajaya)

- Lebuhraya NKVE (Subang–Jalan Duta)

- Lebuhraya GUTHRIE

- Lebuhraya PLUS (Sg Buloh-Jalan Duta)

- Lebuhraya MEX

- Lebuhraya KL-Seremban (Sg Besi- Pusat Bandar)

- Lingkaran Putrajaya

- Jalan Istana

- Jalan Damansara

- Jalan Tun Razak

- Jalan Ampang- Jalan Sultan Ismail

- Jalan Bukit Bintang

- Jalan Imbi

- Jalan Parlimen

- Jalan Kuching

Mohd Yusri berkata penutupan akan dilakukan secara berkala, dengan setiap penutupan dilakukan dalam tempoh 30 minit bagi membolehkan konvoi atau motoked peserta dan tetamu persidangan dari setiap negara tiba ke destinasi.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan sesuka hati di sepanjang jalan yang akan terlibat dalam penutupan bagi memastikan kelancaran trafik.

“Tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan yang diletakkan di sepanjang jalan yang ditutup akan dilakukan, termasuk menundanya ke tempat selamat,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kenderaan perdagangan dan kenderaan berat juga tidak dibenarkan memasuki pusat bandar dari 6.30 pagi hingga 7.30 pagi dan 4.30 petang bermula hari ini hingga 28 Mei.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619