AGENDA

MetMalaysia: Musim tengkujuh tiba lebih awal, dijangka 7 November hingga Mac 2023

3 Nov 2022, 1:18 PM
MetMalaysia: Musim tengkujuh tiba lebih awal, dijangka 7 November hingga Mac 2023
MetMalaysia: Musim tengkujuh tiba lebih awal, dijangka 7 November hingga Mac 2023

KUALA LUMPUR, 3 NOV: Malaysia akan mengalami Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh lebih awal daripada yang dijangka iaitu pada Isnin ini (7 November) dan berterusan sehingga Mac depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang tempoh itu, empat hingga enam episod luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan berpotensi berlaku.

“Seperti musim-musim yang lalu, hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.

“Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar, risiko kejadian banjir boleh meningkat,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut menjangkakan kejadian air pasang besar berlaku bermula pada 6 hingga 11 November dan 22 hingga 27 November, disusuli 7 hingga 12 Disember dan 22 hingga 26 Disember, serta 6 hingga 10 Januari 2023 dan 21 hingga 25 Januari 2023.

Semasa MTL itu, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora serta ombak besar di perairan Laut China Selatan.

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melalui medium sebaran rasmi iaitu laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan semua media sosial MetMalaysia.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619