AGENDA

Kementerian pertimbang cadangan SPM dibuat luar musim tengkujuh

2 Dis 2024, 9:04 AM
Kementerian pertimbang cadangan SPM dibuat luar musim tengkujuh

PASIR MAS, 2 DIS: Kementerian Pendidikan akan mempertimbang cadangan agar peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan di luar musim tengkujuh.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata perkara itu akan diperhalusi dari semasa ke semasa dan cadangan tersebut melibatkan pelbagai aspek yang perlu diberi perhatian termasuk kebimbangan pelajar apabila tiba musim berkenaan.

Diminta mengulas insiden trak Angkatan Tentera Malaysia yang terbalik dalam Op Murni membabitkan pemindahan calon SPM di Rantau Panjang, beliau berkata semasa kemalangan itu berlaku, ia hanya membawa anggota tentera.

"Bagaimanapun, proses pemindahan berjalan seperti biasa dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan khususnya ATM dan bomba serta agensi penguat kuasa yang terlibat operasi itu," katanya pada sidang media selepas taklimat berkaitan SPM di negeri terjejas banjir di Pejabat Pendidikan Daerah di sini hari ini.

Semalam, trak tujuh tan milik ATM telah tergelincir semasa operasi itu namun insiden tersebut tidak melibatkan calon SPM yang terkesan banjir di Rantau Panjang.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kenderaan itu telah berjaya dibawa keluar dan kini beroperasi sepenuhnya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619