AGENDA

Lokasi kuari Bukit Lagong jauh dari masyarakat Orang Asli

31 Okt 2022, 11:14 AM
Lokasi kuari Bukit Lagong jauh dari masyarakat Orang Asli

SHAH ALAM, 31 OKT: Lokasi operasi kuari di Bukit Lagong jauh dari penempatan masyarakat Orang Asli sekitar iaitu sekitar 3 km, kata EXCO alam sekitar

Hee Loy Sian dalam kenyataan menjelaskan lokasi kuari yang baharu diluluskan pula terletak sekitar 9km sekali gus bertentangan dakwaan beberapa pihak.

"Ini adalah tidak benar kerana tidak terdapat komuniti Orang Asli yang menetap di dalam kawasan Hutan Bukit Lagong.

"Hanya terdapat Kampung Orang Asli di luar kawasan tersebut iaitu lebih kurang 3km dari kawasan kuari sedia ada dan lebih kurang 9km dari kawasan kuari yang baru diluluskan," katanya.

Loy Sian menambah operasi kuari  wajib mematuhi syarat-syarat Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dan agensi teknikal berkaitan bagi mengawal dampak terhadap alam sekitar.

Beliau menegaskan kebenaran operasi berdasarkan kriteria antaranya isu alam sekitar, hal keselamatan, usaha pemulihan dan latar belakang syarikat kuari.

Katanya,  hanya 16 daripada 44 permohonan diluluskan selepas proses saringan dijalankan antara 22 hingga 25 Ogos 2016.

"Di atas cadangan JPNS, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mempertimbang dan meluluskan 16 syarikat untuk operasi kuari di Hutan Bukit Lagong secara berfasa iaitu lapan kuari bermula 2020 manakala lapan lagi kuari pada 2023," katanya.

Loy Sian menambah Hutan Simpan Bukit Lagong dikelaskan sebagai hutan pengeluaran sejak pewartaan pada 1917.

"Sehingga kini, terdapat lapan kuari yang sedang beroperasi dalam seluruh hutan simpanan kekal di negeri (dalam) tempoh selama 30 tahun bermula pada 1993.

"Tempoh pengoperasian ini akan berakhir secara berperingkat mulai tahun 2023, iaitu tahun hadapan," katanya dalam kenyataan hari ini bagi menjawab tuduhan terhadap operasi kuari di situ.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619