AGENDA

Operasi kuari wajib patuh syarat jabatan perhutanan, kesan alam sekitar

31 Okt 2022, 11:08 AM
Operasi kuari wajib patuh syarat jabatan perhutanan, kesan alam sekitar
Operasi kuari wajib patuh syarat jabatan perhutanan, kesan alam sekitar

SHAH ALAM, 31 OKT: Operasi kuari wajib mematuhi syarat-syarat Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dan agensi teknikal berkaitan bagi mengawal dampak terhadap alam sekitar.

EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian menegaskan kebenaran operasi berdasarkan kriteria antaranya isu alam sekitar, hal keselamatan, usaha pemulihan dan latar belakang syarikat kuari.

[caption id="attachment_533539" align="alignright" width="515"] EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian menjawab soalan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor ke-14 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 2 Ogos 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Secara dasarnya, kelulusan-kelulusan ini dibuat dengan mengambil kira bukan sahaja kepada permintaan bahan batuan bagi usaha pembangunan di Selangor, tetapi juga kemampanan, mengurangkan dampak terhadap alam sekitar, mengawal kadar pengeluaran bahan batuan, serta mengurangkan kesesakan kepada jalan pengeluaran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Loy Sian juga menjelaskan hanya 16 daripada 44 permohonan diluluskan selepas proses saringan dijalankan antara 22 hingga 25 Ogos 2016.

Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, atas cadangan JPNS, meluluskan 16 syarikat untuk operasi kuari di Bukit Lagong secara berfasa iaitu lapan kuari bermula 2020 manakala lapan lagi kuari pada 2023.

"Keputusan kebenaran pengoperasian adalah berdasarkan kriteria-kriteria di atas dan bukannya seperti yang didakwa pihak tertentu yang cuba memintal persepsi negatif," katanya.

Loy Sian dalam kenyataan sama menambah lokasi operasi kuari di Bukit Lagong jauh dari masyarakat Orang Asli sekitar 3km.

Katanya, lokasi kuari yang baharu diluluskan pula terletak 9km sekali gus bertentangan dakwaan beberapa pihak.

Beliau juga menjelaskan Hutan Simpan Bukit Lagong dikelaskan sebagai hutan pengeluaran sejak pewartaan sebagai hutan simpanan kekal pada 1917.

"Sehingga kini, terdapat lapan kuari yang sedang beroperasi dalam seluruh hutan simpanan kekal di negeri (dalam) tempoh selama 30 tahun bermula pada 1993.

"Tempoh pengoperasian ini akan berakhir secara berperingkat mulai tahun 2023, iaitu tahun hadapan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619