AGENDA

MB: Kutipan hasil negeri atasi sasaran, yakin capai RM2.2 bilion 

28 Okt 2022, 8:37 AM
MB: Kutipan hasil negeri atasi sasaran, yakin capai RM2.2 bilion 
MB: Kutipan hasil negeri atasi sasaran, yakin capai RM2.2 bilion 

KLANG, 28 OKT: Kutipan hasil negeri kini mencapai RM2.17 bilion mengatasi sasaran awal ditetapkan berjumlah RM2.05 bilion, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata pihaknya yakin jumlah itu terus meningkat kepada RM2.2 bilion menjelang hujung tahun ini.

"Pada 2020 ketika Perintah Kawalan Pergerakan dan 2021 Selangor tetap mencatat lebihan hasil daripada jumlah ditetapkan begitu juga dengan tahun ini angka dicatat lebih tinggi.

"Bagi tahun ini, Kerajaan Negeri menyasarkan kutipan hasil negeri RM2.05 bilion tetapi berbaki dua bulan lagi sewajarnya meningkat susulan pembayaran saat-saat akhir.

"Kita catat kutipan hasil RM2.17 bilion sehingga semalam dan ia pencapaian membanggakan. Jika dapat capai RM2.2 bilion, kita dapat lebih RM200 juta daripada sistem dan pembayaran 'online'," katanya.

[caption id="attachment_546433" align="aligncenter" width="707"] Dato' Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari melihat cara penggunaan sistem Smartbox di pejabat daerah dan tanah Klang pada 28 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Berucap pada majlis perasmian peluasan sistem Smartbox di Pejabat Daerah dan Tanah Klang hari ini, Amirudin menjelaskan Kerajaan Negeri bakal menggunakan sistem digital dalam pengurusan pentadbiran.

"Pada belanjawan akan datang, salah satu agenda memastikan perubahan dan transformasi dalam pembayaran dan pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri dialih kepada digital.

"Transformasi digital bukan sahaja mampu perkemas data, tingkat kepercayaan kepada sistem pentadbiran awam dan tambah hasil lebih cekap serta pantas," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619