AGENDA

MB: CSR anak syarikat, badan berkanun jadi hasil baharu negeri

19 Nov 2024, 4:38 AM
MB: CSR anak syarikat, badan berkanun jadi hasil baharu negeri

SHAH ALAM, 19 NOV: Pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh anak syarikat, badan berkanun dan agensi kerajaan ditetapkan sebagai sebahagian hasil baharu negeri.

Diputuskan Ogos lalu dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM40 juta bakal dicapai menjelang hujung bulan ini.

Jelasnya, sebahagian perolehan itu diterima daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI sebanyak RM30.3 juta serta RM10 juta daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

"Ada lagi beberapa tambahan akan dikemukakan antaranya Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor dan Worldwide Holdings, masing-masing menyumbang RM2.15 juta dan RM2.03 juta.

“Kedua-dua peruntukan yang disediakan itu sebahagiannya digunakan untuk Jelajah Ehsan Rahmah dan sumbangan lembu serta kambing korban sempena Aidiladha,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Selangor mencatat kutipan hasil RM2.4 bilion setakat ini, mengatasi sasaran awal tahun ini sebanyak RM2.2 bilion berikutan perkembangan positif ekonomi dan kemasukan pelaburan yang agresif.

Berikutan prestasi baik itu, pentadbiran negeri menyasarkan kutipan hasil RM2.35 bilion tahun depan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619