AGENDA

Trafik mula perlahan di beberapa lebuh raya utama pagi ini

22 Okt 2022, 2:51 AM
Trafik mula perlahan di beberapa lebuh raya utama pagi ini

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama mulai perlahan setakat 8.30 pagi tadi berikutan cuti hujung minggu yang panjang sempena sambutan Deepavali, Isnin ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi maklumat terkini trafik di laman Twitter memaklumkan aliran trafik perlahan sebelum memasuki Plaza Tol Gombak.

“Trafik turut perlahan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) sebelum Terowong Genting Sempah menghala ke arah timur,” menurut LLM.

LLM memaklumkan terdapat kemalangan berlaku kira-kira 7.45 pagi tadi di KM155.8 arah selatan dari Bukit Gambir ke Pagoh dan kerja pengalihan sedang dilakukan dengan lorong kiri ditutup menyebabkan kesesakan hampir dua kilometer.

Trafik turut perlahan dari Rawang Selatan ke Rawang, Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah dan Tapah ke Gopeng.

Di Lembah Klang, LLM memaklumkan aliran trafik masih lancar di kebanyakan lebuh raya bertol termasuk Lebuhraya Damansara-Puchong, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan sekitar Plaza Tol Sungai Besi.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619