AGENDA

PRN: Aliran trafik lancar setakat 1 tengah hari

12 Ogos 2023, 6:09 AM
PRN: Aliran trafik lancar setakat 1 tengah hari

KUALA LUMPUR, 12 OGOS: Aliran trafik di seluruh negara setakat 1 tengah hari ini lancar dan tiada sebarang kesesakan luar biasa dilaporkan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara), Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) dan Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) berjalan lancar dan tiada sebarang kemalangan dilaporkan setakat ini.

“Hanya aliran trafik di beberapa laluan lebuh raya utama menuju utara sahaja mengalami sedikit kesesakan iaitu laluan menuju ke Sungai Petani, Kedah dan Perai, Pulau Pinang.

“Kebiasaannya trend trafik meningkat pada 3 petang hingga 8 malam yang mungkin menyebabkan sedikit kesesakan. Keadaan trafik setakat ini lancar, namun bergantung juga kepada faktor kemalangan sekiranya ada berlaku,” katanya kepada Bernama hari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619