BERITA UTAMA

Alunan qasidah, forum Islam meriahkan program Sabak Berselawat

15 Okt 2022, 12:40 AM
Alunan qasidah, forum Islam meriahkan program Sabak Berselawat
Alunan qasidah, forum Islam meriahkan program Sabak Berselawat

SABAK BERNAM, 15 OKT: Selawat dan alunan qasidah bergema di Stadium Sungai Besar di sini malam tadi sempena program Sabak Berselawat.

Program anjuran Kerajaan Negeri sempena Jelajah Selangor Penyayang disertai hampir 200 pelajar tahfiz Kampung Panchang Bedena dan komuniti setempat.

Acara dimulakan dengan persembahan qasidah dan selawat oleh pelajar tahfiz kira-kira 30 minit.

[caption id="attachment_544532" align="alignnone" width="800"] Pelakon Yana Samsuddin mengendalikan forum bertajuk ‘Ekonomi Manusiawi, Mudahnya Menjemput Rezeki’ sempena program Sabak Berselawat di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam pada 14 Oktober 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Program kemudian diteruskan dengan forum bertajuk ‘Ekonomi Manusiawi, Mudahnya Menjemput Rezeki’ yang dikendalikan pelakon Yana Samsuddin.

Forum itu turut menampilkan penceramah Fakhrurrazi Hussin, Ahmad Syukri Yusoff dan perunding kewangan Shamsuddin Abd Kadir.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim, EXCO Hal Ehwal Agama Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Ahli Dewan Negeri Sabak Ahmad Mustain Othman dan ADN Sungai Panjang Dato’ Mohd Imran Tamrin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619