BERITA UTAMA

MBSJ anggar belanja RM316 juta tahun depan, realisasi bandar raya pintar

14 Okt 2022, 12:07 AM
MBSJ anggar belanja RM316 juta tahun depan, realisasi bandar raya pintar

SUBANG JAYA, 13 OKT: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mencadangkan anggaran perbelanjaan berjumlah RM316 juta bagi mencapai status bandar raya pintar dan lestari tahun depan.

Datuk Bandarnya Dato' Johary Anuar berkata sebahagian besar daripada peruntukan tersebut digunakan bagi belanja mengurus manakala selebihnya belanja pembangunan.

"Bajet yang dirangka hasil sesi pendengaran awam bersama komuniti dan pemegang taruh akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk kelulusan.

"Bajet (tahun depan) merupakan bajet berimbang memandangkan sebelum ini kita belanja lebih daripada apa yang kita peroleh.

"Walaupun bajet majlis disediakan PBT, tetapi cadangan ini akan diangkat kepada pihak berkuasa negeri dan memerlukan kelulusan," katanya selepas majlis pelancaran program latihan pembangunan usahawan mikro di ibu pejabat MBSJ di sini.

Turut hadir Timbalan Datuk Bandar MBSJ Mohd Zulkurnain Che Ali, Pengarah Pelesenan MBSJ Nik Zalina Megat Muda dan Pengurus Jabatan Digitalisasi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Siti Nur Hazwani Md Sabudin.

Mengulas lanjut, Johary berkata buat pertama kali pihaknya memasukkan peruntukan RM3 juta bagi melaksanakan program geran komuniti dengan permohonan boleh dibuat melalui persatuan penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Ini antara tumpuan dalam bajet tahun depan, malah kita juga akan membina dua medan selera baharu di SS19 dan Tasik Serdang bagi membolehkan usahawan berniaga.

"Manakala peruntukan untuk baik pulih infrastruktur, jalan dan pengurusan sisa pepejal diteruskan seperti biasa kerana sememangnya rutin kita setiap tahun," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619